Kalkulator Falak v. 2007
(kemaskini versi percubaan 2002, dan versi 2005)
www.falak.unisza.edu.my

Kalkulator Posisi Hilal ver. 2.2009

Input Pilih Bulan dan Tahun Hijrah:

Awal Bulan: Tahun:

Maklumat Lokasi:

Lokasi: Tukar

Latitud: '
Longitud: '
GMT:8
Kriteria Imkanurrukyah (kebolehnampakan) yang digunakan : Kembali

(Pilihan kriteria masih dalam peringkat pengujian. Sebarang masalah amat dikesali - ATR)

Kalkulator Posisi Hilal ver. 2.2009

Pengenalan

Kalkulator Posisi Hilal ver. 2.2009 ini adalah versi pertama tahun 2009 diterbitkan untuk kegunaan awam Malaysia. Hitungan menggunakan kaedah dalam buku Ilmu Falak tulisan Baharrudin bin Zainal terbitan DBP 2002. Sebagaimana yang dinyatakan oleh penulis buku tersebut, hitungan berkenaan merupakan hitungan berkejituan rendah dan sesuai untuk rujukan umum sahaja. Tambahan pula, Kalkulator Posisi Hilal BUKAN PERISIAN RASMI pihak berkuasa yang terlibat dalam penyusunan takwim.

Kalkulator ini melakukan hitungan secara berperingkat. Peringkat pertama (1) hitungan posisi hilal bagi penentuan awal bulan (1hb) dibuat bagi menentukan bila tarikh 29hb bulan sebelum, iaitu hari rukyah, ditentukan.

Peringkat kedua (2) hitungan posisi hilal dilakukan untuk hari ke 29hb bulan berkenaan.

Peringkat ketiga (3) hitungan posisi hilal dilakukan untuk hari 30hb, hanya apabila hitungan menunjukkan hilal tidak memenuhi syarat kenampakan pada hari 29hb. Harap maklum bahawa hitungan ini BUKAN berasaskan lokasi rujukan sebenar sesebuah negara, bahkan menggunakan LOKASI PILIHAN ANDA. Justeru tetapan dipaparkan mungkin berbeza dengan takwim rasmi tempatan.

Grafik posisi bulan dan matahari turut dipaparkan untuk gambaran asas. Grafik tidak menggunakan skala yang tepat untuk penjimatan ruang paparan.

Definisi:

  • Syarat Imkanurrukyah: Syarat untuk justifikasi anak bulan 'ada dan boleh nampak' atau 'tidak boleh nampak' yang digunakan.
    • Malaysia 1992: Syarat yang digunakan sejak 1992 hingga sekarang di Malaysia.
    • Malaysia 2013: Syarat cadangan sahaja. Tiada keputusan rasmi.
    • Istanbul 1978: Syarat yang terhasil dari persidangan di Istanbul tahun 1978. Dimansuh di Malaysia pada 1992.
    • Odeh 2005: Salah satu syarat yang digunakan oleh Mohammad Odeh (www.icoproject.org) bagi justifikasi kenampakan hilal.
  • Waktu dan Masa Ijtimak: Tarikh dan detik ijtimak berlaku, berdasarkan lokasi dan GMT yang dimasukkan.
  • Matahari terbenam: waktu matahari terbenam di ufuk.
  • Bulan terbenam: waktu bulan terbenam di ufuk.
  • Altitud bulan: sudut tinggi bulan dihitung dari aras ufuk.
  • Jarak lengkuk: sudut pemisahan antara bulan dengan matahari. Hitungan adalah dari pusat ke pusat cakera objek.
  • Azimut bulan: arah kedudukan bulan dalam sudut dihitung dari Utara menurut pusingan jam di sepanjang bulatan ufuk.
  • Azimut matahari: arah kedudukan matahari, dalam sudut sama seperti bulan.
  • Susulan lama: beza masa antara waktu bulan dan matahari terbenam. Jika bulan terbenam dahulu, tiada susulan lama. Dengan kata lain, susulan lama adalah tempoh berapa lama anak bulan boleh dirukyah.
  • Umur bulan: merujuk tempoh masa selepas berlakunya ijtimak. Umur dari waktu ijtimak ke waktu bulan terbenam digunakan sebagai salah satu syarat imkanurrukyah. Nilai dalam negatif merujuk ijtimak belum berlaku (baki tempoh masa sebelum ijtimak berlaku).
  • Peratus cahaya: merujuk kadar muka bulan yang bercahaya yang boleh dilihat dari lokasi cerapan. 100% merujuk fasa bulan purnama.
  • SD: Semi-diameter bulan (jejari cakera)
  • Jarak bulan-bumi: jarak bulan dari bumi dalam kilometer

Semoga bermanfaat.
Terima kasih.

Ahmad Taufan bin Abdul Rashid
10 Feb 2009 (kemaskini Sep 2011)

Location map : Change



2001 - 2015 ATR (Blog saya)