Kalkulator Falak v. 2007
(kemaskini versi percubaan 2002, dan versi 2005)
www.falak.unisza.edu.my
Khamis, 6 Muharram 1436 (30 Oktober 2014) Lokasi : Kuala Terengganu, Terengganu (GMT 8)
Subuh: 5.35 Syuruk: 6.52 Zohor: 12.53 Asar: 4.13 Maghrib: 6.50 Isyak: 8.01
Pilihan Kalkulator:
Kalkulator Tarikh (v. 2010)
Kalkulator Tarikh adalah hitungan tarikh Hijri yang sepadan dengan Tarikh Masehi. Asas hitungan adalah Takwim Masehi Gregorian dan Takwim Hijri asas Imkanurrukyah (Malaysia).
Anda dipersilakan untuk memberi sebarang komen. Terima kasih.

Catatan

Kalkulator Kiblat (v. 2001 - kemaskini 2007)
Kalkulator Kiblat menyediakan hitungan arah kiblat menggunakan sistem koordinat geografi bumi, menggunakan formulasi 'great circle'. Sebagai alternatif, kalkulator arah kiblat berdasarkan waktu bayang matahari searah kiblat turut disertakan. Namun, kaedah penentuan arah kiblat yang lebih praktikal untuk orang awam adalah kaedah Pedoman Suria (lihat video).
Pedoman Suria (v. 2002 - kemaskini 2007)
Pedoman Suria (Sun Compass) digunakan untuk menentukan arah mata angin (terutama arah kiblat) berpandukan arah atau posisi matahari pada waktu yang dikehendaki. Ini membolehkan ia digunakan pada bila-bila masa asalkan matahari kelihatan. Ini menjadikan Pedoman Suria lebih praktikal digunakan berbanding kaedah matahari yang lain. (Lihat video).
Kalkulator Waktu Solat Tahunan (v. 2010)
Kalkulator waktu solat tahunan ini menjana jadual waktu solat kompak 3 atau 4 hari sekali untuk kegunaan tahunan. Juga dikenali sebagai 'jadual waktu solat sepanjang hayat'. Jadual jenis ini lebih sesuai untuk kegunaan umum sahaja.
Kalkulator Posisi Hilal (v. 2.2009 - kemaskini 9.2011)
Kalkulator khusus untuk menjana maklumat posisi bulan dan matahari bagi aktiviti rukyah hilal. Kini boleh digunakan untuk lokasi pilihan anda. Masih wujud ralat kecil namun boleh digunakan sebagai rujukan umum. Harap maklum.
Kalendar Web (v. 2010)
Kalendar untuk laman web. Sistem kalendar/takwim adalah berasaskan kaedah 'Imkanurrukyah' Malaysia. Beberapa pilihan untuk kegunaan hiasan tambahan di laman web anda. Moga berguna.


2001 - 2014 ATR (Blog saya)